Sabtu, 19 Januari 2013

IKAN-IKAN DI KELONG POZI LUKUT

KAWASAN KELONG POZI SEMEMANGNYA CETEK TETAPI TERDAPAT KARANG YANG LUAS DAN TINGGI. SELAIN ITU TERDAPAT PALOH ATAU ALUR LALUAN AIR. MAKA TIDAK HAIRANLAH TERDAPAT PELBAGAI SPISIS IKAN DI KELONG INI. pEMANCING BOLEH MENCUBA PELBAGAI TEKNIK ATAU UMPAN DI TEMPAT DAN PADA ASA YANG BERLAINAN. SELAMAT MEMANCING......................................................................
jenahak, kerapu dan talang


talang


jenahak.ebek,cermin dan daun baru


hehehe.... si comel


daun baru, gt, cermin ,ebek, selar putih dan jenahak


talang


mentimun


cermin


todak


kapas


gubal atau senangin besar


ketam bunga


alu2 atau baracuda


GT


pari


telinga gajah


parang


susu


susu, ebek, kerapu, jenahak


bebolos

gerung belang
todak,jenahak,pari karang dan gerung belang

Selasa, 14 Februari 2012

selamat datang ke kelong pozi

MEMANCING ADALAH SATU HOBI, RIADAH, SENI , PELANCONGAN DAN LAIN-LAIN LAGI. FOKUS PIHAK KELONG IALAH MEMANCING INI SEBAGAI SATU RODUCT PELANCONGAN TERUTAMA PELANCONGAN KE NEGERI SEMBILAN.
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PIHAK KELONG UNTUK MENJAGA KEPUASAN HATI DAN KESELAMATAN SEMUA PELANGGAN.

KUMPUL KELUARGA ATAS KELONG SAMBIL MANCING


berborak sesama ahli keluarga



Pakej ni Jenahak panggang yang bawa. seramai 27 orang keluarga En Shahrul berkumpul di atas kelong. 15 orang dewasa dan 12 orang kanak2 yang terlibat.




si kecil ni kecoh apabila mendapat ikan




Oleh kerana dah ramai atas kelong memanglah meriah, tambahan pula turut serta ialah kanak2. Walaupun begitu, bertemu saudara mara atas kelong merupakan suatu pengalaman yang menarik


khemah untuk kanak2


khemah yang disediakan oleh jenahak panggang untuk aktiviti kanak2 bermain dan tidur supaya kanak2 ini diisi dengan aktiviti yang sesuai



kolam dan khemah untuk aktiviti kanak2

selain khemah, turut serta disediakan kolam mandi untuk kanak2 bermain



daun baru, ebek, tetanda dan capin penghibur duka
Walaupun hasil memancing tidak seberapa, tetapi pengalaman berkumpul bersama keluarga di atas kelong sambil memancing merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Syabas jenahak panggang.

Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT DATANG KE KELONG


MEMANCING MERUPAKAN SATU HOBI, RIADAH, SUKAN, PELANCONGAN DAN LAN-LAIN LAGI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PIHAK KAMI UNTUK MEMASTIKAN KEPUASAN DAN KESELAMATAN PELANGGAN.

FOKUS PIHAK KAMI LEBIH KEPADA MEMANCING DAN PELANCONGAN TERUTAMA MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI NEGERI SEMBILAN. KAMI AKAN SEDAYA UPAYA AKAN MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA ANDA. SEKIRANYA TERDAPAT KELEMAHAN DAN KEKURANGAN KAMI MOHON MAAF.

SELAIN PAKEJ MEMANCING DI KELONG, KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LAIN SEPERTI MENYUSUR SUNGAI, MENYEWA BOT, MEMANCING DI LAUT DAN AKTIVITI SEUMPAMANYA.

UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA, KAMI JUGA MENYEDIAKAN PAKEJ KEPADA AGEN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN MENEMPAH PERKIHDMATAN. BAGI PEMANCING DI KELONG BOLEH MERUJUK KEPADA PAUTAN UNTUK MEMUDAHKAN DAN MELANCARKAN TRIP ANDA.http://jenahakpanggang.blogspot.com/

KAMI BERHARAP PENGGUNA JUGA BERTANGGUNG JAWAB MENJAGA KESELAMATAN DIRI DAN SAMA-SAMA MENJAGA KEBERSIHAN PERAIRAN LAUT DEMI MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA.

Rabu, 20 Julai 2011

TIP ARUS DAN UMPAN DI KELONG POZI LUKUT

TIP ARUS DAN UMPAN DI KELONG POZI LUKUT

pengenalan

Sesungguhnya adalah amat menyakitkan hati apabila kita lihat ikan mengambur kiri dan kanan tetapi malang sekali tiada umpan tamban atau selar hidup. Di kelong pozi memang terdapat tamban dan selar hidup yang boleh di apolo tetapi kekadang susah sangat nak dapatkan umpan ini terutama bagi pemancing baru di kelong ini. Selama memancing di sini, saya sendiri pernah tidak dapat menaikan umpan hidup. Bagaimanapun pengalaman yang agak lama di kelong ini memberi satu pengajaran yang berguna yang saya nak kongsi dengan orang lain supaya kaki2 pancing lain juga dapat menikmati nikmat memancing.
jadi, bagi kaki pancing yang nak cuba di kelong ni, bolehlah merujuk kalendar takwim atau kalendar islam kerana arus pasang dan surut memang mengikut bulan.

1 dan 16 haribulan hijrah
air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8 malam. umpan susah pada waktu petang dan banyak pada waktu pagi dan air surut  lebih kurang pukul 11 pagi. Ikan2 besar bedal umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8 malam.

2 dan 17 haribulan hijrah.
air masih besar dan penuh dan mula surut pada pukul 8 lebih. Umpan banyak pada waktu pagi dan semasa surut depan kelong lebih kurang pada pukul 11 pagi.ikan2 besar mula atif jugak pada pukul 8 malam lebih dan awal pagi

3 dan 18 haribulan hijrah
air masih besar tetapi makin kecil. air lebih lewat pasang penuh. umpan pada waktu petang agak susah tetapi banyak pada waktu pagi dan semasa air surut 12 tengah hari. jenahak aktif lebih lewat lebih kurang pada pukul 8.30 hingga 9 malam. pada waktu pagi jenahak masih aktif awal pagi

4 dan 19 haribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

5 dan 20 haribulan hijrah

air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

6 dan 21 hiribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. Ikan2 besdar makin tipis untukdipancing. mungkin ada pari atau senangin. jenahak semakin sukar.

7,8,9,22,23 dan 24 haribulan hijrah
air dah mula mati atau tak ada arus langsung. kalau nak pancing jugak bolehlah bawa umpan pumpun atau udang kopek. layan anak2 ikan atgau daun baru. kalau nak kena ikan besar tu rezeki masing2 la. tapi susah la skit.

10 dan 25 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal.kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi

11 dan 26 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi

12 dan 27 haribulan hijrah
air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif.  . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

13 dan 28 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

14 dan 28 haribulan hijrah

air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja. 

15,29 dan 30 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh hampir senja petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam skit.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. 


0 comments:

Isnin, 31 Januari 2011

NAK TEMPAH KELONG

Kalau nak g ke kelong boleh tempah ngan Pozi (019 3601221). Pemancing akan naik bot dari jeti bersebelahan kedai makan atau restoran. kedai makan tu pun milik Pozi. Sebelum naik kelong, bolehlah mengeteh atau alas perut dahulu. Kalau tersampai awal boleh juga mengcangkuk umpan dan warming up kat jeti terlebih dahulu. Di kedai makan ini pemancing boleh juga membeli keperluan sampingan semasa berada di kelong seperti air minuman( mineral atau drinking water). Keperluan air minuman untuk sehari semalam ialah 3 botol 1.5 liter jika hari panas untuk seorang.

SEWA BOT
 selain kelong, anda juga boleh menyewa bot untuk memancing di laut lepas atau dalam sungai. Pakej bot adalah seperti berikut :
1. bot 125 hp beserta botman (12 jam)         RM 380
2. bot 90 hp beserta botman (12 jam)           RM 380
3. bot 60 hp beserta botman (12jam)            RM 300
(bot di atas untuk maksima 5 orang sahaja)

4. bot 30 hp tanpa botman  (12 jam)             RM 180
5. bot 15 hp tanpa botman  (12 jam)             RM 150

Selain itu untuk pakej menyusur sungai dan bersiar2 di laut :

1 jam                                                           RM 100

LATAR BELAKANG KELONG

KELONG POZI sebenarnya bukan kelong milik Pozi. Kelong ni milik persatuan nelayan tapi Pozi yang menjaganya. Kelong ni terletak di menganjur ke laut di muara Kuala Lukut ke arah Port dickson. Terletak berhampiran pantai bersebalahan dengan Glory Beach Resort Port Dickson. kelong ni bertiang utama konkrit dan memanjang lebih kurang 30 meter manakala lebarnya lebih kurang 10 meter. Tiang tepi di sokong oleh tiang batang nibung. Kawasan kelong ni agak cetek di mana apabila air surut kedalaman kelong antara 7 hingga 8 kaki sahaja. Manakala ke arah barat kelong terdapat beting pasir yang timbul apabila air surut besar. Di sekeliling beting ini terdapat karang yang hidup serta ditumbuhi rumpai laut yang menghijau. Kalau memancing di pinggir beting selalu sangkut. Oleh kerana terdapat beting, rumpai dan karang menjadikan kawasan tempat anak-anak ikan berlindung dan bermain. Ikan-ikan besar juga datang ke sini untuk mencari makan terutama semasa air pasang besar seperti yu kemejan, GT, senangin, jenahak, baracuda dan pari. Anak-anak ikan di kawasan ini kebanyakan anak-anak ikan karang dan bermulut kecil seperti daun baru, gerut-gerut, ceconteng dan telinga gajah. Terdapat juga sebuah tukun yang hidup menghala ke arah timur  kelong di mana kebanyakan ikan-ikan besar mencari makan.