Isnin, 31 Januari 2011

LATAR BELAKANG KELONG

KELONG POZI sebenarnya bukan kelong milik Pozi. Kelong ni milik persatuan nelayan tapi Pozi yang menjaganya. Kelong ni terletak di menganjur ke laut di muara Kuala Lukut ke arah Port dickson. Terletak berhampiran pantai bersebalahan dengan Glory Beach Resort Port Dickson. kelong ni bertiang utama konkrit dan memanjang lebih kurang 30 meter manakala lebarnya lebih kurang 10 meter. Tiang tepi di sokong oleh tiang batang nibung. Kawasan kelong ni agak cetek di mana apabila air surut kedalaman kelong antara 7 hingga 8 kaki sahaja. Manakala ke arah barat kelong terdapat beting pasir yang timbul apabila air surut besar. Di sekeliling beting ini terdapat karang yang hidup serta ditumbuhi rumpai laut yang menghijau. Kalau memancing di pinggir beting selalu sangkut. Oleh kerana terdapat beting, rumpai dan karang menjadikan kawasan tempat anak-anak ikan berlindung dan bermain. Ikan-ikan besar juga datang ke sini untuk mencari makan terutama semasa air pasang besar seperti yu kemejan, GT, senangin, jenahak, baracuda dan pari. Anak-anak ikan di kawasan ini kebanyakan anak-anak ikan karang dan bermulut kecil seperti daun baru, gerut-gerut, ceconteng dan telinga gajah. Terdapat juga sebuah tukun yang hidup menghala ke arah timur  kelong di mana kebanyakan ikan-ikan besar mencari makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan